Tuesday 19 November 2013

Udang Mentega @ Butter Prawn (2)

Kali pertama makan udang mentega bertahun-tahun dulu di Royal Club Selangor..wah!!!! sedap tak terkata!!. Udangnya boleh dimakan hingga ke kulit dan kepalanya. Garing sesangat. Setiap kali saya memasak menu ni, saya akan cuba sedaya upaya meniru seperti mana udang mentega yang saya makan dulu hehehe..tapi masalah utama ialah udang apalah yang digunakan chef tu?. Udangnya kecik2 saja (seperti dalam gambar saya ni), tapi garingnya hingga kulit dan kepala licin saya kerjakan bersama teman2...huhhh rakus!!

Tapi udang mentega yang saya buat ni boleh tahanlah sedapnya, cuba dulu yer baru tahu hehehe..

Bahan-bahannya:

1 mangkuk besar udang kecik/sedang
Perap dengan garam dan lada sulah.
Goreng hingga garing.

Sarang telur/egg floss
3 biji telur kuning
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng.
Chopstik-satu je

Cara-cara;
  1. Pukul telur kuning bersama garam dalam mangkuk kecil.
  2. Panaskan minyak.
  3. Tangan kiri pegang mangkuk, tangan kanan pegang chopstik, sedia untuk menggoreng.
  4. Angkat tinggi sedikit mangkuk, tuang halus telur kuning dalam kuali sambil kacau minyak secara bulatan tanpa henti hingga semua telur habis dituang.
  5. Bila masak, minyak akan berbuih dan telur akan garing. 
  6. Jika suka warna agak kekuningan goreng sebentar sahaja tapi saya suka warna agak perang.
  7. Ambil senduk dan penapis santan/besi.
  8. Sendukkan semua telur ke dalam penapis santan dan toskan.
  9. Siap.

Bahan-bahan untuk goreng udang mentega:

Udang yang digoreng garing.
Sarang telur/egg floss
2 sudu mentega
1 sudu minyak
2 biji cili padi
1 tangkai daun kari
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil gula.

Cara-caranya;
  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan mentega.Kacau.
  3. Masukkan daun kari dan cili padi yang dipotong.Kacau lagi.
  4. Masukkan susu. Kacau hingga berbuih/menggelegak.
  5. Masukkan udang dan separuh sarang telur/egg floss
  6. Masukan gula. Kacau hingga sebati.
  7. Boleh angkat dan masukkan dalam pinggan hidangan. Taburkan dengan lebihan sarang telur/egg floss. Siap.
  8. Yummehhh!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...