Suka tengok Cream Puff saya menjadi..lembut dan gebu sangat!!! Terima kasih kepada Ct Zaidah dari blog Diari Zaliedana untuk resepi yang mabeles ni.
Cream Puff
Sumber : Diari Zaliedana
Bahan-bahannya:
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh
baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
(saya gandakan semua bahan untuk lebih banyak)
Cara-caranya:
-Panaskan oven pada
suhu 220 darjah C.
-Satukan butter,
air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.(daripada beberapa
cubaan,
saya dapati gunakan periuk Vision lebih senang)
-Selepas ia mula
mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat
pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. Biarkan adunan betul-betul
sejuk.
-Selepas sejuk,
masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan
telur
seterusnya. Saya pukul guna mixer hingga adunan licin.
-Gunakan beg paip
dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu
marjerin. (saya tak sapu apa-apa, dan lebih baik alaskan dengan baking sheet)
- Renjiskan cream
puff dengan sedikit air.
-Bakar dalam oven
dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan, lebih kurang 30 minit.
-Suhu yang panas
membantu puff naik dengan sempurna.
-Pastikan puff
telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
-Ia kelihatan
ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning
kecoklatan
sedikit.
-Jika dikeluarkan
sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
-Selepas dibakar.
Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim
pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair
atau ayakkan dengan
sedikit gula icing.
Custard Filling
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla
(saya gandakan bahannya juga dan saya tambah 1/2 cawan air
biasa untuk filling yang lebih lembut)
Cara-caranya:
-Satukan semua
bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
- Kacau rata dengan
whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
-Padam api, tambah
mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
-Potong dua puff,
masukkan inti custard.
-Siap untuk
dihidangkan.
- Boleh simpan dalam
peti sejuk.
No comments:
Post a Comment