Friday 22 November 2013

Nasi Ayam Sihat.

 
Musim cuti ni memang tak menang tangan melayan selera anak-anak. Masalahnya mama dan abahnya kena jaga diet sikit. Kami berdua baru lepas membuat medical check-up dan keputusannya sangat positif. Alhamdulillah kami sihat walafiat . Kadar kolestrol cik abe pun menurun hingga ke tahap yang sangat memuaskan. Saya perlu membuat next check-up setahun dari sekarang manakala suami dalam masa 6 bulan dari sekarang. Sayang pula kalau keputusan yang bagus seperti ni, kita kurang berjaga-jaga pulak. Perlulah jaga kesihatan sebagai tanda bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatNya.

Masalahnya ialah selera makan yang besar, rasa macam nak makan semua benda dan tetiba juga jadi lebih kreatif bila di dapur. Mana boleh tahan hanya sekadar masak tapi tak makan..well it's not me!! Adoooiiii!!!

Jadi untuk situasi menang-menang, mama masak semua menu yang diidamkan anak-anak untuk breakfast dan lunch sahaja. Malam saya tak masak , sebab kami berdua tak makan atau makan buah-buahan sahaja. Anak-anak hanya  ulang makan makanan  lunch sahaja. Heheheh ideal saja bunyi nye kan? Tapi biasalah, kadang-kadang kantoi juga. Almaklumlah....

Nasi ayam hari ni adalah menu brunch kami. Jom kita lihat cara saya buat nasi ayam yang mudah ni.

Bahan-bahan utama untuk nasi dan ayam.

1 ekor ayam potong empat dan direbus hingga empuk menggunakan,
3 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia diketuk
Sedikit garam.
Air secukupnya untuk nasi dan sup.

  1. Bila ayam dah empuk, toskan ayam.
  2. Air rebusan disukat untuk dimasukkan dalam nasi.
Cara memasak nasi ayam;

2 pot beras basmathi-dibasuh bersih dan ditoskan.
1/2 cawan beras pulut
3 pot air rebusan ayam
2 sudu besar mentega
2 sudu minyak sayur (optional)
2 helai daun pandan

Bahan tumis;
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih-cincang
1 labu bawang besar yang sedang-dadu
1/2 inci halia-cincang

1 sudu minyak bijan (optional)

  1. Saya guna rice cooker tapi untuk menumis saya letak periuknya atas dapur dulu..heheheh..ganasss!!
  2. Panaskan butter dengan minyak.
  3. Masukkan semua sekali bahan tumisan dan kacau hingga bawang jadi jernih dan naik baunya.
  4. Masukkan daun pandan dan kacau lagi.
  5. Masukkan beras yang ditoskan. Kacau/ goreng sebentar.
  6. Masukkan air rebusan, garam dan minyak bijan.
  7. Angkat periuk dan letak semula dalam cookernya.
  8. Tanak nasi macam biasa. Bila hampir kering, gembur-gemburkan nasi. Siap!!.

Cara memasak ayamnya;

Ayam yang direbus empuk tadi
Sedikit sos black pepper (kalau tak ada, tumbuk je lada hitam 1 sudu)
Sedikit sos tiram
Sedikit madu
Sedikit kicap masin
2 ulas bawang putih-cincang halus
1 inci halia-cincang halus
  1. Gaul/lumur semua bahan pada ayam hingga rata.
  2. Masukkan dalam bekas pembakar.
  3. Bakar ayam suhu 180 darjah hingga warnanya gelap/ayam garing dan berkilat.


Cara membuat sos cilinya;

5 biji cili padi
4 biji cili besar(tak adapun tak apa)
2 inci halia
4 ulas bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Air secukupnya
(Maaf tak sukat masa buat tadi- yg penting mesti rasa masin, manis dan masam)

  1. Mesin halus semua bahan dengan sedikit air.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga menggelegak atau hingga merah jernih warnanya.
  3. Perlu sentiasa dikacau untuk mengelakkan sos membuak keluar.
  4. Jangan takut dengan gula dan garamnya..untuk kuantiti yang saya buat tadi, saya gunakan hampir 5 sudu besar gula dan 3 sudu kecil garam.

Untuk kicapnya;

1 mangkuk air rebusan ayam
Kicap masin secukupnya.


Untuk supnya;
  1. Panaskan semula air rebusan ayam.
  2. Masukkan satu sudu rempah sup.
  3. Rasakan  masinnya. Kalau perlu boleh tambah lagi garamnya.
  4. Hidangkan dengan bawang goreng, cili padi potong dan daun sup..walllahhh!!


Amacam???...

Note: Kalau perhatikan resepi, saya tidak banyak menggunakan minyak. Hanya 2 sudu butter dan 2 sudu minyak sayur untuk nasi. Tidak ada minyak dalam penyediaan ayam dan juga sup....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...