Sunday 26 October 2014

Sepetang Di Pantai Irama





Macam kat obersea pun hado hehehe

Petang semalam saya diajak oleh adik saya Si Saiful untuk ke Pantai Irama, Bachok...makan angin sambil bawa mek bersiar-siar. Pantai Irama dari rumah saya hanya lebih kurang 15-20 minit perjalanan sahaja.

Memang happening sungguh Pantai Irama sekarang, setiap kali saya pergi, ada sahaja perubahan dan penambahbaikan telah dibuat walaupun masih banyak kekurangan yang boleh diperbaiki. Ramai sungguh pengunjung yang terdiri daripada keluarga yang berkelah mahupun muda-mudi yang datang mengambil angin sambil makan-makan di sana, malah terdapat beberapa pasangan pengantin yang datang untuk outdoor shooting..makin seronok kami cuci mata sambil layan si Fathi anak Saiful main layang2. Mak sedaranya nipun ambil peluang sekali untuk main layang-layang..teringat pula  Zikry yang dibawa Mr A ke rumah neneknya untuk menjemput Si Zahirah yang dari awal cuti tinggal di rumah nenek kerana ramai sepupu sebayanya di sana.

Oleh kerana kami tidak merancang untuk makan di sana, saya melarang Saiful untuk banyak berbelanja, cukup sekadar Coconut Shake, keropok lekor dan Udang Celup Tepung sahaja...tambahan pula Saiful dan isterinya Lyn tidak mahu makan kerana teringatkan sup tulang di rumah..alahaiii...
Ini yang kami makan..simple tapi sedap, terlupa pula nak ambil gambar Coconut Shake hehehe..







2 comments:

  1. Pertama kali menjejak kaki ke Pantai Irama pada 1987..... semaca cuti sekolah.... lamanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama betul tu Amie...sekarang sudah banyak perubahannya...lain kali berkunjung ke Pantai Timur jangan lupa singgah di sini..masih boleh bermandi manda dan ada macam2 kemudahan permainan disediakan hingga menunggang kuda pun ada...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...