Friday 12 December 2014

Asam Pedas Ikan Pari


Banyak resepi dan rahsia memasak asam pedas, lain tempat lain resepi dan caranya. Kalau di Kelantan, asam pedas kami mesti dimasukkan lengkuas dan kunyit hidup...dan asam jawa ditukar kepada asam keping.
Hari ini saya masak asam pedas ala-ala Melaka, saya tak berani nak cakap Asam Pedas Melaka sebab tak pasti betul atau tidak bahannya hahaha. Setahu saya Asam Pedas Melaka ni akan berbeza sedikit bahannya bergantung kepada jenis lauk yang digunakan. Tak apalah..kira ni Asam Pedas Stail Cikguwan  lahhh...senang citer!!. Yang pasti ia tetap lazat dan menyelerakan.

Bahan-bahannya;

1 keping besar ikan pari- saya potong menjadi 6 ketul dan saya tambah 2 keping tenggiri.
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah kecil
15 biji cili kering- gunting dan rendam air panas
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
1 sudu halba campur
1 kepal (sebesar penumbuk) asam jawa- bancuh dengan air menjadi 2 1/2 mangkuk air asam jawa.
2 sudu kecil garam- saya guna sudu aiskrim plastik
3 sudu kecil gula

Daun kesum
Bunga kantan- hiris
Bendir secukupnya
1 biji buah tomato- potong 4 - saya tak guna tadi

Cara-caranya;
  1. Blend bawang merah , bawang putih, halia dan cili kering serta belacan hingga lumat.
  2. Panaskan minyak, tumiskan halba campur hingga wangi.
  3. Masukkan bahan yang telah diblend dan tumis hingga naik minyak.
  4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau hingga menggelegak.
  5. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau lagi.
  6. Masukkan ikan pari. Bila menggelegak, masukkan bendir dan buah tomato. Kacau sekejap dan tutup api. Siap.



2 comments:

  1. Teringat kat sorang kawan masa belajar dulu, orang Melaka... kalau dia nak masak asam pedas, siap telefon mak dia dulu... tanya resepinya he hehehhe.... memang asam pedas ada pelbagai versinya, tapi saya suka semuanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaha kita serupa Amie...mmg suka asam pedas...saya pula sampai sekarang akan telefon Mek atau MIL atau mak saudara namanya Mok Yah kalau nak masak resepi Kelantan Asli..kita kadang2 tak mahir sangat dan setiap hidangan ada teknik dan rahsianya tersendiri...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...