Thursday 11 December 2014

Mihun Goreng Simple Sangat




Mr A demam hari ni...sebenarnya demamnya dah beberapa hari tapi semalam makin teruk dan hari ni dia mc. Agaknya tekak tak berapa selera nak makan jadi dia minta saya gorengkan bihun sahaja. Pagi tadi dah makan nasi goreng dengan cucur udang, tengah hari pulak mihunn..layan je lahhh hahaha. Jom tengok mihun goreng cara Cik Wan..

Bahan-bahannya:

1/2 peket bihun (dlm 200g)- rendam
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
3 biji cili merah
1 keping daging- Cik Wan guna dalam sebesar 1/2 tapak tangan- di potong kecil2.
Kubis
Cili merah besar

2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Kicap manis secukupnya
2 sudu cuka- nak guna sos tomatopun boleh- Cik Wan suka guna cuka.
Garam
Serbuk perasa jika suka

Cara-caranya:
  1. Blend bawang dan cili dengan sedikit air.
  2. Panaskan minyak, masukkan semua bahan blen.
  3. Tumis hingga naik minyak.
  4. Masukkan daging- kacau dalam 3-4 minit.
  5. Masukkan sos tiram, sos cili, cuka, kicap dan garam. Kacau sebati.
  6. Masukkan sayur kubis. Kacau.
  7. Masukkan 1/2 mangkuk air. Rasakan masin, manis dan masamnya. Lebihkan masin sebab akan diserap oleh mihun nanti.
  8. Toskan mihun dan masukkan ke dalam kuali. Kacau hingga kering airnya. Masukkan cili merah yang dihiris nipis. Kacau lagi.Siap.
Sedap dimakan dengan keropok serta air lada.

Air lada:

5 biji cili padi merah
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
Cuka secukupnya (seperti dalam gambar)

Tumbuk cili, garam dan gula hingga lumat. Masukkan cuka. Siap.
*lebih sedap jika dimasukkan serbuk perasa.

Peringatan:
Jika bihun direndam dengan air panas, jumlah air yang dimasukkan dalam tumisan mesti dikurangkan.
Jika bihun direndam dengan air sejuk, lebihkan air dalam tumisan.

1 comment:

  1. Ni kira dah cukup sedap! Tambah lagi ada air ladanya.... cukuplah bagi saya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...