Semalam sibuk sekali dengan acara masak memasak, pagi ni rasa kurang rajin pulak nak masuk dapur tapi perut dah menyanyi-nyanyi hehehehe..
Ada roti Gardenia, ada sambal ikan bilis lebih makan nasi lemak dua hari lepas...apa lagi, jadilah roti telur sambal ikan bilis ni...Alhamdulillah..kenyang jugak :-)
Bahan-bahannya;
Sambal ikan bilis secukupnya (boleh ganti dengan sardin, lebihan kari daging atau ayam dll)
6 keping roti Gardenia (untuk 3 set )
2 biji telur
1/2 batang/biji timun- hiris nipis
Garam
Lada sulah
Cara-caranya;
- Kacau telur dengan garfu- masukkan garam dan lada sulah.
- Ratakan sambal bilis di atas roti dan susunkan hirisan timun di atasnya.
- Ambil sekeping roti lain- tutup roti tadi
- Tekan2 kan tepi roti utk kemaskan (boleh juga disapu bancuhan telur sebagai gam)
- Celup roti tadi dalam bancuhan telur.
- Goreng. (pastikan minyak panas)- goreng dalam 20 saat sahaja untuk setiap belah/side.
- Angkat dan toskan. Siap.
kalau dah biasa bersilat di dapur.... apa yang ada semua menjadi, orang dapur memang kreatig & inovatif!
ReplyDeleteHahahahaha...saya anak murid silat je...Amie tok guru silat..bayangkanlahhh...
Delete