Saturday, 3 January 2015

Banjir penghujung Tahun 2014 (4)

27 Disember 2014
Petang 26 air naik lagi..tinggal beberapa cm dari aras dapur. Kami mula memunggah barang untuk naik ke ruang tamu, atas meja dan almari di ruang dapur.
Pagi 27 air mula memenuhi ruang dapur. Ruang dapur 1/2 kaki rendah dari ruang tamu. Kali pertama air naik ke paras ini setelah berpuluh-puluh tahun rumah ini di bina. Cik Wan dan Yam terpaksa memasak dalam air separas betis. Kami masak dua kali sehari. Sarapan dan tengah hari. Untuk tengah hari kami masak terus untuk makan malam. Bersyukur sangat2 kerana masih makan dengan mewah berbanding mereka yang berada di Pusat Pemindahan Banjir...makanan untuk mereka sangat terhad dan ada yang kebulur...kampung kami terputus hubungan..makanan tidak boleh dibawa masuk langsung!!!.

Yang tidak berperahu datang membeli barang dengan berenang...pandangan dari loteng rumah MIL.Sanggupkah MIL pindah? Sama sekali tidak!!.

Jarak ruang dapur ke ruang tamu..dalam 1/2 kaki shj. Kalau air naik lagi, kami terpaksa naik ke loteng.
Laluan ke loteng yang dibuat khas oleh arwah FIL untuk tujuan seperti ini...ada satu bilik tidur, satu ruang tamu dan beranda.
Zahirah dan Husna bermain di beranda..


Ruang tamu yang berselerak..melalui tingkap2 sekeliling kami melayan pelanggan yang datang membeli barang dengan berperahu..di sini kami tidur anak beranak dan menghidang makanan...saat kebersamaan dalam situasi ini akan dikenang ke akhir hayat.


Suasana malam kami..hanya berpelita minyak masak rekaan Kamil dan lilin yang terpaksa dijimatkan...tapi macam biasa aktiviti makan2 tetap boleh diteruskan...hebat betul Yam yang sangat kreatif membuat roti goreng dan menggoreng keropok dalam air paras lutut di malam gelap...budak2 tak pernah kelaparan.

Bahaya datang dengan cara yang bermacam2..selain air yang sejuk dan deras, banyak binatang dan serangga bahaya datang berlindung ke dalam rumah. Sepanjang dapur tenggelam, 3 ekor ular dibunuh oleh Azemi dan Kamil. Jiran sebelah datang berperahu meminta kami berjaga2 kerana ada seekor ular tedung berlindung di batang pokok ceri berdekatan..masyaAllah...kalau ikutkan hati Cik Wan tak turun ke dapur..tawakkal sahaja..berdoa minta perlindungan dari Allah..Dia sahajalah yang memberi kekuatan, kesabaran dan perlindungan kepada kami semua.

Hari ini juga Cik Wan duduk di loteng ..menangis sorang2 sebab tiba2 teringatkan Mek..masa tu masih boleh bertelefon tapi Cik Wan tak sanggup..takut nanti Cik Wan tak dapat bersabar..meraung huhuhu. Sekadar berpesan kirim salam melalui WA family.Cik Wan sentiasa berlagak kuat dan sabar..sebenarnya hanya Allah yang tahu...

Bagi Mr A, adik2nya dan MIL..ini situasi biasa..mereka semua pandai berenang, tidak segan menggunakan air banjir berlumpur tapi bagi Cik Wan dan anak2..pengalaman ini adalah luarbiasa..hanya kesabaran sahaja jadi pendinding..malu juga pada mereka. Tapi Mr A sporting...dia keluar menaiki perahu utk beli drinking water..khas untuk isteri dan anak2. Kami berjimat gunakan air utk bersuci..tqvm bang..
Cik Wan besyukur kerana Alis dan Aifaa dapat bersabar...diam sahaja walau sekali sekali nampak sangat muka tension mereka..alhamdulillah..
Masa ni Cik Wan hanya berdoa agar kami semua sihat..anak2 tidak demam dan Cik Wan pun tidak masuk angin..Cik Wan memang tidak tahan sejuk kaki.
Lega anak2 sihat dan aktif..namun begitu masa ni Zikry sudah ada sedikit selsema dan Zahirah batuk2..setiap malam saya Cik Wan sapukan Krim Bioever..alhamdulillah..selsema Zikry berhenti dan batuk Zahirah berkurangan..

BTW,powerbank masa ni dah habis..mujur Mr A bawak laptop, kami cas satu je HP utk kegunaan.

Ci Wan sambung lagi lepas ni..


No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...