28- 29 Disember 2014
Air seakan-akan bertahan..tidak naik dan tidak turun. Bekalan air tangki sudah kering. Tinggal tangki yang menggunakan enjin masih ada air tapi terpaksa menggunakan perahu, panjat tiang untuk mengeluarkannya. Bila letrik tak ada, air tidak boleh keluar. Nasib baik ada air ni. Ada jiran menggunakan air banjir untuk memasak air dan nasi. MIL kesian sangat dan beri satu tong..tu pun beri secara sembunyi2, takut yang lain2 nampak...itu sahaja air yang kami ada.
Namun begitu cuaca makin baik...hujan sudah berhenti, mentari sudah keluar dan langit makin cerah..alhamdulillah..petanda banjir akan surut!!!
Air mineral sudah naik jadi RM3.00 sebotol, minyak petrol yang biasanya RM2 sebotol dah jadi RM7...ramai ambil kesempatan dari kesempitan orang lain...
Tiada aktiviti boleh dibuat..melainkan menunggu...menunggu air surut....
Keadaan di Pusat Pemindahan Banjir pun makin teruk. Sudah ada ibu2 yang balik ke rumah untuk memasak nasi dalam rumah yang tenggelam paras lutut dan pinggang dan dibawa semula ke pusat pemindahan..anak2 mereka sudah kebuluran, berebut2 makanan yang sedikit. Nasib baik ada sorang jutawan dermawan di Kg Laut , borong semua barang dari sebuah kedai runcit dan menghantar barang makanan ke pusat pemindahan tersebut. Semoga beliau diberi ganjaran pahala, rezeki yang berlimpah ruah serta keberkatan dunia dan akhirat.
Cik Wan sambung lagi...
No comments:
Post a Comment