Memang puas hati makan di restoran yang terkenal ini. Cawangan utamanya di Muzium Karangkraf Kelantan dan ini cawangan keduanya..betul2 di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa atau di Padang Tembak.
Puas hati mungkin kerana menepati selera dan citarasa Cik Wan adik beradik...kami makan simple sahaja iaitu ikan patin asam pedas, sayur lemak putih, budu dengan ikan bakar, telur dadar dan ulam2 bersama sejug air sirap...oohh ada lagi..ikan keli goreng untuk Ayu..Cik Wan cubit sikit, sangat sedap dan tiada bau langsung..patutlah Ayu suka..Cik Wan tak berapa makan ikan keli sejak puluhan tahun yang dulu...jangkit dari Mr A kot..dia tak makan ikan keli..hehehe.
Sebenarnya kami datang agak lewat iaitu hampir pukul tiga..selepas waktu melawat mek pukul 2 petang. Kebanyakan lauk sudah habis dan ada beberapa jenis baru ditambah, panas2 lagi. Kami kekenyangan hingga ke malam. Sesiapa yang nak melawat Kota Bharu bolehlah datang ke Restoran Nasi Ulam Cikgu ni..sama ada di Muzium Karangkraf atau di Padang Tembak..anda mesti puas hati...
Assalam duniacikguwan,
ReplyDeleteSalam perkenalan, sedap kan makanan kat Nasi Ulam Cikgu ni, dah lama saya tak menjamu selera kat situ. Balik kampung nanti nak kena pergi lagi ni. :)
Wsalam..salam kenal juga untuk eamy...memang best makan kat sini kan? Cik Wan pun rasa nak pergi lagi nanti hehehe
Deleteulam2 & budu , lauk terbaik!
ReplyDelete