Ringkas sungguh menu daging merah ni...bahanpun mudah sahaja. Jom, tengok resepi paling ringkas tapi menyelerakan ini.
Bahan-bahan;
Daging secukupnya direbus (dalam 200-300gm sahaja) - saya guna daging segar tempatan, sekejap je rebus kemudian dipotong nipis.
4 ulas bawang putih- cincang
1/2 sudu serbuk cili
1/2 labu bawang besar Holland
1/2 biji capsicum merah
2 helai daun limau purut
2 sudu sos tiram
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Sedikit sahaja garam.
Cara-caranya;
- Panaskan minyak.
- Tumis bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan serbuk cili, kacau sebentar.
- Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
- Masukkan juga daun limau purut. Kacau sebentar.
- Masukkan daging dan sedikit air, kacau sebati - rasakan, jika kurang masin boleh tambah garam.
- Masukkan bawang besar dan capsicum, kacau. Siap.
Cik Wan,
ReplyDeleteSedak ni sedak weiiii!
hehehehe...sedak sengoti Honey hahahaha
Delete