Mek saya menyara anak-anak dengan menjual kuih-muih dan lauk-pauk. Malahan pekerjaan itu telah diwarisi daripada dua generasi sebelum beliau iaitu arwah nenek dan arwah moyang yang kita panggil Wa @ Wo Che Mah. Pekerjaan yang sangat berat kerana pada masa itu semua proses membuat kuih dilakukan secara tradisional seperti mengisar tepung, mengukus dan membakar menggunakan dapur kayu dan sebagainya. Jadi kami anak-anak beliau akan turut serta dalam proses membuat kuih-muih dan lauk-pauk tersebut dari awal hingga siap. Memang labour intensive betul..hehehe. Tapi budak-budak masa itu tak pernah kenal erti merungut atau malas..kami lakukan sebab ia ibarat tugas hakiki sebagai seorang ahli keluarga. Alhamdulillah.
Hari ini saya akan berkongsi sejenis lauk kerabu jualan Mek dulu. Hehehehe, saya masih ingat lagi bagaimana tangan-tangan kami menggelupas dan luka masa membersihkan rumpai-rumpai laut yang kami panggil Sare. Masa dulu sare tu kotor, penuh dengan siput-siput laut dan sampah sarap. Memang jenuh nak membersihkannya. Maklumlah, bukan sedikit malah berkilo-kilo banyaknya.
Resepi yang Cik Wan kongsikan ini adalah cara turun temurun daripada keluarga Cik Wan. Mungkin berbeza sedikit dari tempat2 lain di Kelantan. Juadah yang rumit tapi berbaloi2 untuk dicuba. Selamat mencuba.
Kerabu sare mentah/kering
Basuh bersih dn toskan airnya dan dijemur sekejap
Jemur untuk jadikan sare lebih putih/lebih nampak bersih
Boleh tambah parutan mangga muda untuk lebih sedap.
Cara menyediakan Kerabu Sare.
Langkah 1
.
Tumis Kerabu Sare/Nasi Kerabu:
1 biji kelapa- ambil santan pekat
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang puti
5-8 biji cili kering
3 batang serai
1 inci halia
2 keping asam
Sedikit gula dan garam.
Cara-caranya:
- Blend semua bahan di atas.
- Masukkan dalam santan.
- Masak atas api, kacau sekali-sekala hingga rupanya seperti di atas.
- *Kalau masak untuk nasi kerabu, jangan lupa masukan sedikit budu.
Sambal kelapa:
Resepi sambal kelapa boleh tengok di SINI
Renjiskan sedikit cuka makan dan budu ke atas kerabu sare
yang hendak dihidangkan.
Sebelum dihidang potong atau gunting pendek-pendek sare...
baru diletakkan sambal kelapa, tumis, sesudu kecil cuka, air lada
dan sesudu kecil budu..gaul mesra...done!!
baru diletakkan sambal kelapa, tumis, sesudu kecil cuka, air lada
dan sesudu kecil budu..gaul mesra...done!!
Rasa sare ni istimewa, tak jumpa pada kerabu-kerabu lain..bila kunyah krup krap bunyi ranggupnya...hehehe tak kenal maka tak cinta. Kalau anda semua ke Kelantan, cuba beli untuk sama-sama merasa kerabu yang femes ni..terima kasih Mek.
update : Kerabu sare boleh dibeli melalui shopee.
update : Kerabu sare boleh dibeli melalui shopee.
Nak sangat merasa makan sare ni sebab sare ni terkenal kat Jepun tau..mereka buat kerabu sare ni dgn mencampurkan bersama anak ikan, bijan putih dan hirisan kacang botol/kelisa.Ditambah lagi dgn sweeted/ nori yg dihiris.
ReplyDeleteYe ke? betul kata orang kan? hanya jauhari mengenal manikam.
ReplyDeleteMak Pinat, masih ada yang kering kat rumah. Kalau nak boleh satu masa saya hantarkan ke rumah.
BTW, agaknya yang ni ke yg depa dok kata kolagen mentah tu..hehehe patutlah awet muda.
Yer betul..masa kat MAHA tu ada org tunjuk buat pameran hasil laut..antaranya rumpai laut aka kolagen mentah.
ReplyDeleteWahhh, selalu mkn kerabu sare ni awet mudalah saya nampaknya..hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah,Terima kasih atas pemberian..semuga Allah berkati rezeki Cik Wan..memang krup krap makan kerabu sare ni dan sambal kelapanya memang sedap.Tak sempat nak makan dgn nasi..kami krup krap ratah begitu saja.
ReplyDeleteSpeselnya kerabu ni.
ReplyDeleteSayang tak jumpa ni masa saya melawat Kelantan dulu
memang susah nak jumpa sekarang, mak sayapun dah lebih 10 tahun dah tak jual kerabu ni, tapi tak apa...boleh guna kolagen marin tu buat kerabu..saya baru nak cuba buat, nanti saya uploadkan gambarnya.
ReplyDeletekat mana nk cari sare mentah tu di kl ye?
ReplyDeletearitu bazar ramadhan taman putra perdana, puchong, ade jual sedap sgt.
ni terasa mcm nk mkn lagi
setahu saya sare mentah ni ada dijual di pasar borong selangor..kedai kak kelate yg jual semua brg dari kelantan...saya pernah jumpa di kedai tu, azmira
DeleteKat mn nak dapatkan sare ni yg mentah... Ade yg boleh pos ke?
ReplyDeleteKatanya boleh order dr shoppee
DeleteSaya baru beli sare mentah ni kt shoppe.. Nnti search jer sare / sarang
ReplyDeleteAssalamualaiku. Saya beli sare ni dah lama dah. Kalau x silap bulan puasa 2019. Sbb teringin sangat nak makn selepas tgk satu pos di group wasap. X terbuat sbb rasa mcm susah. Takut x jd. Saya nak tanya, ada tarikh luput x sare mentah ni? Ada x resepi lain yg lebih mudah?
ReplyDeleteWsalam. Bile rendam dan kita dapati dia masih elok/segar semula...maksudnya masih elok dan boleh dimakan. Resepi asli kelantan memang macam ni tapi boleh try cara resepi orang Sabah. Mereka pun ada banyak resepi untuk rumpai laut.
Deleteresepi ini utk berapa pax ye?
ReplyDelete10-15 orang.
DeleteNak cuba buat. Ada jual yang belum proses kat pasar borong selangor seri kembamgan.
ReplyDeleteAssalamualaikum Cik Wan, Saya Syikin daripada youtube channel Destinasi TV. Saya berminat untuk tahu lebih lanjut tentang resipi-resipi yang berasal daripada Kelantan. Boleh CikWan kongsikan contacts sama ada, Facebook atau Whatsapp CikWan kepada saya.
ReplyDelete