Bahan-bahannya;2 keping tempe-dipotong nipis
1 mangkuk ikan bilis
-kedua-dua bahan ini digoreng garing.
6-8 ulas bawang merah
1 mangkuk kecil cili kering potong, rendam dalam air panas
1 genggam ikan bilis
-bahan ini dimesin lumat
2 keping petai di kupas bijinya.
sedikit air asam jawa
Sedikit kicap manis
garam
gula
Cara-cara memasaknya;
1. Panaskan minyak-agak banyak (minyak lebih goreng tempe dan ikan bilis tadi)
2. Tumiskan bahan mesin, gula dan asam jawa.
3. Rasakan ikan bilis goreng tadi, jika ikan bilis sedia masin hanya masukkan sedikit sahaja garam ke dalam tumisan.
4. Goreng/tumis hingga garing (warna bertukar sedikit gelap, ada buih-buih minyak dan cili nampak kerinting)
5. Masukkan sedikit kicap manis.
6. Masukkan petai. Kacau.
7. Tutup api, masukkan ikan bilis dan tempe goreng, kacau sebati. Siap.
Yang ni versi ada kacang tanah goreng
Rasa xsabar nak Cuba resepi ni
ReplyDelete