Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Friday, 7 December 2012
Masak Tempoyak Kepala Ikan Merah
Walaupun saya orang kelate namun sangat sukakan masakan tempoyak tak kiralah yang air atau yang guna santan..lagi pedas lagi bagus...hehe
Tapi saya tak tahulah sama ke tidak dengan resepi original. Ni cara yang saya belajar dengan kawan sekolah iaitu Puan Zilawati yang berasal dari Perak..Terima kasih yer di atas tunjuk ajar yang diberi kalau tidak silap pada tahun 2003..hehehe dah lama tu..bayangkan dah berapa kali saya memasak menggunakan cara beliau..semoga mendapat ganjaran pahala yang tidak putus-putus..insyaAllah.
Disebabkan orang-orang di rumah saya tidak makan ikan sungai maka selalunya saya gunakan kepala ikan Merah atau ikan Tenggiri.
Bahan-bahannya;
1 biji kepala Ikan Merah yang besar.
2 inci kunyit hidup
10 biji cili padi
2 batang serai diketuk
3 sudu besar tempoyak
garam dan gula
Asam keping jika diperlukan (jika tempoyak belum masam).
* jika suka boleh tambah bunga kantan, daun kesum, buah timun, buah belimbing buluh, labu air dan lain-lain sayur yang ada.
*pesan Puan Zila jika nak rasa yang pure jangan masukkan bunga kantan dan kesum kerana akan meneggelamkan bau tempoyak dan serai...memang betul sebab itu saya jarang masukkan kedua-duanya.
* dalam gambar tu saya masukkan bunga kantan yang masih ada lebih buat laksa..hehehe, ore kelate kata daripada membazir baik membatil...
Cara-cara memasaknya;
1. Tumbuk kunyit dengan cili api hingga lumat.
2. Masukkan tempoyak dalam lesung, guling-gulingkan alu hingga semua bahan sebati.
3. Masukkan dalam periuk yang berisi ikan.
4. Masukkan air ke dalam lesung, pusing-pusing alu untuk keluarkan sambal yang lebih dan terus masukkan dalam periuk.
5. Tambah air secukupnya untuk kuah.
6. Masukkan serai yang telah diketuk.
7. Hampir menggelegak boleh rasa kuah. tambahkan garam, gula dan sedikit aji jika suka. Sekiranya tempoyak baru dan belum masam, perlu masukkan asam keping.
8. Masak hingga menggelegak. Siap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment