Bahan-bahannya;
1 1/2 biji kelapa ambil santan secukupnya.
2 ekor ikan tongkol sederhana besar- direbus dengan asam keping sehari lebih awal.
3 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 inci halia
2 inci lengkuas
2 sudu serbuk cili
1 sudu kerisek
Sedikit belacan
2 sudu rempah nasi dagang @ rempah kari ikan - bancuh dengan sedikit air
Sedikit garam
Sedikit gula melaka
15 biji cili padi.
Cara-caranya;
- Mesinkan bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, belacan dan cili serbuk sekali.
- Tumiskan hingga naik minyak.
- Masukkan rempah nasi dagang dan kerisek. Tumis lagi hingga naik minyak.
- Masukkan garam dan gula melaka.
- Masukkan santan. Kacau.
- Masukkan asam keping daripada ikan rebus tadi bersama-sama air rebusannya.
- Masak hingga kuah pekat. Masukkan cili padi.
- Rasakan masam, masin dan manisnya.
- Bila dah hampir pekat, masukkan ikan rebus. Kacau perlahan-lahan takut hancur. Bila menggelegak, sudah boleh tutup apinya.
- Siap!!.
Ini rupa ikan yang telah direbus (2 ekor ikan, garam, gula melaka dan sedikit ajinomoto) |
Siapkan sekali acar timunnya..hari ni tak ada buah nenas pulak.. |
Nasi Dagang Terengganu..resepinya boleh rujuk di sini. Tapi saya dah kurangkan daripada 2 biji kelapa kepada 1 1/2 biji sahaja |
Dah boleh makan..Bismillah.. |
Assalamuaalaikum, sis. Pertama kali saya smpai di laman sis ini, bagus tulisannya dsn juga perkongsiannya. Teruskan berkongsi ya, banyak yg ingin saya pelajari dr sis terutama ttg masakan pantai timur yg semuanya sedap pd citrasa saya.
ReplyDeleteTrimas.
Wa'alaikumussalam, terima kasih kerana sudi menjengok blog ringkas ini, insyaAllah, sebenarnya saya sendiri tidak begitu mahir dengan resepi asal kelantan yg pelbagai dari segi bahan dan teknik penyediaannya. Apa yg saya kongsikan kebanyakkannya daripada resepi keluarga sebelah saya dari Pasir Putih dan sebelah suami dari Tumpat, semoga resepi dalam blog ini membantu semua rakan yang singgah :-)
ReplyDeleteSaya dah cuba gulai ni harini. A recipe worth keeping! Sedap.
ReplyDeletewahhh, terima kasih kerana mencuba, memang sedapkan?, hehehee...pastikan ikannya dah cukup masam dan masinnya :-)
DeleteMasya Allah. Mmg tgh tercari-cari resepi ni. Sedapnya... blh sy cuba nanti
ReplyDeleteselamat mencuba..
Delete