Bahan-bahannya;
3 biji petola disiang ikut suka.
3 ulas bawang merah
10 biji lada hitam
Segenggam ikan bilis- boleh tukar dengan isi ikan rebus.
Garam
Gula
Ajinomoto kalau suka.
*Ada orang suka masukkan bawang putih- saya tidak suka hehehe
Cara-caranya;
- Tumbuk bawang dengan lada hitam hingga lumat.
- Jika suka boleh tumbuk ikan bilis bersama-sama-tapi hari ni saya tidak tumbuk.
- Masukkan dalam periuk bersama-sama air- agak2 cukup untuk kuah
- Masukkan garam dan gula.
- Masukkan petola.
- Rebus hingga masak. Siap.
- Ada yang suka masukkan petola selepas air rebusan menggelegak- saya hanya buat cara ni jika guna sayur berdaun.
No comments:
Post a Comment