Bahan-bahannya;
Sebarang seafood yang disukai (tadi saya ada sotong jer)-boleh juga guna ayam/daging
8 cawan air
1 labu bawang besar dimayang kasar
2 batang serai diketuk
1 kiub pati ayam
7-8 cili padi diketuk- boleh tambah /kurang
3 helai daun limau purut
2 tangkai ketumbar-akar dan batang diketuk/daun disimpan untuk digunakan masa menghidang nanti
1 hiris lengkuas
2 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan
2 sudu kecil garam
2 biji limau nipis yang agak besar-ambil airnya.
Sayur-sayuran yang digemari- tadi saya ada carrot, kubis dan tomato ajer.
Cara-caranya;
- Masukkan air ke dalam periuk.
- Masukkan bawang, serai, daun limau purut, lengkuas, cili, akar ketumbar dan pati ayam.
- Mendidih sekejap masukkan gula, garam dan sos ikan.
- Bila menggelegak betul tu, masukkan seafood dan sayur yang agak keras dulu seperti carrot.
- Masukkan air asam limau.
- Masukkan sayur lain.
- Masukkan daun ketumbar. Tutup api. Siap.
Sedap hirup kuah ni sebab tak berminyak dan very light... |
Assalamualaikum.
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian resepi ni..Nnnti bolehlah try tomyam putih ni. Mohon share ya.
Haryati Kamis
http://atiekamis.blogspot.com/
W'salam Haryati..terima kasih sudi singgah. Silakan mencuba dan sharekan...
Delete