Monday 7 July 2014

Sagupal @ asamgupal


Menu authentic kelantan lagi hehehe..tekak ni jadi 100% tekak kelantan bila time bulan Ramadhan. Banyak versi  sebenarnya juadah ini. Ada yang berinti kacang hijau dan ada yang dimasak dulu sagunya, disejukkan kemudian dipotong-potong sebelum dituangkan kuahnya. Yang ini resepi klasik keluarga saya , cuma yang berbeza saiznya sahaja..hahahahha..kalau arwah nenek saya dulu, setiap biji sagupal ni sebesar penumbuk dan sangat kenyal ..memang kalau telan boleh lekat..agaknya sebab itu dulu saya hanya makan kuahnya. Dah pandai buat sendiri, saya buatkan buah sagu nya lebih kecil dan lembut. senang nak makan.  Jom tengok resepinya;

Bahan-bahannya;

Untuk sagunya;

1 peket (RM1.00) biji sagu halus.- dalam satu cawan.
1/2 cawan air panas(baru mendidih)
Air secukupnya untuk merebus

Cara-caranya;
  1. Masukkan sagu ke dalam mangkuk yang mudah untuk dikacau.
  2. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat.
  3. Kacau hingga sagunya bergentel dan boleh dibentuk.
  4. Gunakan sudu kecil, ambil 1/2 sudu dan gentelkan (tak perlu bulat sangat pun)
  5. Terus masukkan dalam air panas yang menggelegak (api perlahan)
  6. Tunggu sampai sagunya terapung dan jernih bijinya.
  7. Sambil itu, sediakan kuahnya.




Untuk kuahnya;

1 biji kelapa - ambil 5 cawan santan
1/2 sudu halba
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
3-4 senduk kecil gula (ikut suka manisnya)

Cara-caranya;
  1. Kacau kuahnya di atas api hingga menggelegak (api sederhana sahaja)
  2. Tapiskan buah sagupal.
  3. Masukkan ke dalam kuah yang sedang menggelegak.
  4. Kacau sebentar. Siap.

* Jika kuah kurang pekat, boleh tambahkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung atau tepung beras.

14 comments:

  1. assalam.....akak selalu mengikuti entry cikgu ...banyak resepi makanan yang menarik apatah lagi yang tradisional....

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Terima kasih kak Saniah...kerana sudi singgah diblog ini. Semoga resepi yang saya kongsikan bermanafaat untuk semua. Selamat mencuba ye..

      Delete
  2. apa pula asamgupal, rosak bahasa je cikgu. Sagu-pal, bahasa klasik kelate tu. Bukan asamgupal

    ReplyDelete
    Replies
    1. yo ko? rasa mace tulih doh sagupal @asamgupal atas tu..mitok maaf lah kalu salah tulis...mujur ada pakar jong tegur.

      Delete
  3. Minta izin pinjam gambar boleh?

    ReplyDelete
  4. biase buat sagupal ade inti je..tapi versi kukus..agak2 klu yg ade inti boleh rebus terapung mcm cara sis ni jugak kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sagupal terengganu biasanya ada kacang sebagai inti dan saiznya besar-besar. Cik Wan tak pernah cuba buat sebab tak berapa gemarkan intinya. Masa tinggal di asrama di Terengganu dulu, Cik Wan tak ambik kuih ni kalau dihidangkan pada waktu berbuka hehhehehe. Rasanya, sagupal ni memang direbus dan akan timbul sama ada ada inti atau tak berinti.

      Delete
  5. Pakai gula mlake xblh ke.tukar dgn gula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi asal dan tradisional memang guna gula putih. Tapi sekarang ni dah tinggi kesedaran mengenai bahaya gula putih dan digantikan dengan gula kabung atau gula perang. Tapi sudah tentu rasanya sudah tidak sama lagi dengan rasa tradisional.

      Delete
  6. Salam cikgu aka chef kelate kiter, sy admin page psl masakan kelate, ada yg mintak resepi kuih ni.. so minta izin amik resepi dan gambarnyer skali, boleh cikgu? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. Page mana tu? share la. utk guna gambar dan resepi..bulih. Tapi kalau boleh link ke sini deh

      Delete
  7. Saya baru kenal kuih ini. Suami saya keluarga besarnya di Terengganu. Mereka panggil asam gumpal. Kwn baik saya suaminya orang kelantan. Mereka pangggil sagupal.

    Mula mula keliru juga. Rupa sama..nama lain. Tapi itulah yang uniknya kan cik wan. Suka saya kuih ini. Sudah buat yang tak berinti. Nnt buat yang berinti pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAtu benda dua nama..hehehe. Masa Cik Wan kat Terengganu biasa makan asam gupal berinti. Kat kelantan biasanya buat yang kosong je. dua-dua istimewa. Selamat memasak sis dan selamat berpuasa ya

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...