Tuesday 1 July 2014

Singgang Tulang Kelantan

Hari Sabtu sebelum Ramadhan tu saya dapat membeli daging dan tulang segar..dah terbayang untuk masak singgang sahaja. Mudah sangat ..

Bahan-bahannya;

1/2 kg tulang (dalam 4 ketul je)
10 ulas bawang putih- diketuk sahaja
4 ulas bawang merah- dihiris nipis
2 inci lengkuas-hiris nipis
1 inci halia-hiris nipis
1 biji cili kering- potong 3
3 keping asam
1 sudu biji ketumbar- ditumbuk halus
Garam
Gula melaka

Cara-caranya;
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali gula dan garam.
  2. Masukkan air hingga tenggelam tulangnya.
  3. Rebus hingga air menjadi separuh. Masukkan gula dan garam. (Jika suka boleh dimasukkan semasa langkah 1 lagi)
  4. Masukkan air sekali lagi hingga menutup tulang.
  5. Masakkan hingga kuah tinggal mengikut kuantiti yang disukai.
  6. Siap.

Seeloknya tutup periuk semasa merebus agar cepat empuk...selamat mencuba ye..

2 comments:

  1. Salam Cik Wan,

    Tak pernah lagi buat singgang daging or tulang ni. Nanti boleh lah try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Honey..cubalah, memang sedap singgang ni..lagipun mudah sangat nak membuatnya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...