Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ke enam PKP Fasa 2. Semoga wabak ini diangkat pergi oleh Allah SWT. Amiin.
Pagi ni Cik Wan bangun awal. Pukul 5:00am dah ke dapur menguli Kayu Keramat. Pukul 8 pagi dah mula menggoreng. Alhamdulillah..selesai awal pagi ni. Cik Wan tak biasa buat kuih ni. Tapi selalu tengok dan resepinya sama dengan resepi Pau Goreng atau Roting Goreng. Kayu Keramat ni hampir sama dengan kuih cakoi. Beza Kayu Keramat dengan Cakoi adalah dalamnya. Kalau Cakoi, dalamnya berongga manakala dalam Kayu Keramat lebih padat. Sedap cicah dengan susu, kopi atau teh tarik. Zahirah tadi siap cicah dengan sos coklat. Dalam 4-5 ketul juga tadi dia makan. Kenyang, alhamdulillah.
Jom tengok bahan dan sukatannya.
Bahan-bahannya:
1/2 kg tepung gandum
2 sudu margarin/mentega
1/2 cawan gula
1/2 sudu baking soda
1/2 peket yis mauripan
Sedikit garam
1 1/2 gelas air.
Cara membuatnya:
- Ambil 1/2 segelas air suam dan campurkan dengan yis serta sedikit gula. Biarkan hingga yis kembang.
- Masukkan gula dan garam dalam baki 1 gelas air suam tadi dan kacau hingga larut.
- Masukkan tepung dan baking soda dalam bekas menguli. Tuang semua air gula dan yis dan uli tepung sehingga adunan tidak melekat di tangan. Kalau terlalu melekat di tengan, tambahkan tepung sedikit2 hingga tidak melekat di tangan lagi.
- Biarkan doh naik 2 kali ganda.
- Uli/tumbuk sekejap doh tadi untuk keluarkan angin.
- Gunakan penggelek doh, potong doh memanjang.
- Panaskan minyak.
- Sebelum dimasukkan dalam minyak, tarik sedikit doh.
- Roti akan tenggelam, mengembang dan timbul semula. Cepat2 balikkan untuk mengelakkan kayu keramat menggelembug dan pecah. Balik-balikkan sehingga masak/warna perang. Siap.
Mudah sahaja kan? Boleh buat sarapan, minum petang ataupun supper nanti. Selamat mencuba.
Tak pernah dengar apatah lagi makan kuih ni. Tapi boleh juga cuba nanti, nampak mudah :)
ReplyDeleteIni kuih orang2 Terengganu..depa panggil kayu Khamat hehehe. Try ya..mudah saja
DeletePotong pjang tebal ke
ReplyDelete