Assalamualaikum dans alam sejahtera. Hari kelima PKP Fasa 3. Petang ni Cik Wan masak Kuih Lopes untuk minum petang. Ini kali pertama Cik Wan masak kuih ni. Oleh kerana teringin dan rindu dengan kuih yang selalu dibuat oleh pengasuh Zahirah dan Zikry, Cik Wan WA Kak Shidah untuk bertanya resepi dan cara membuatnya. Cik Wan juga rujuk resepi2 lain di blog2 masakan yang ada. Alhamdulillah..cantik kejadiannya dan sedap sangat rasanya. Terima kasih Kak Shidah dan rakan2 blogger.
Cik Wan gunakan kaedah tradisional yang diajar oleh Kak Shidah. Cuma Cik Wan dapati, dalam resepi asal beras pulut direndam dengan air abu atau abu chang bagi menjadikan lopes kita lebih kenyal. Kebetulan memang ada air abu di rumah. Jadi Cik Wan gunakan air abu. Kalau tak ada air abu, boleh gunakan air kapur sirih yang biasa kita gunakan tu. Jom tengok bagaimana cara Cik Wan sediakan Kuih Lopes.
Bahan-bahannya:
Bahan untuk pulut:
2 gelas pulut- rendam 3 jam bersama 1 sudu air abu @ air kapur
Air daun pandan
Pewarna hijau
Daun pisang secukupnya
Tali/cable tie
- Masukkan pulut tanpa dibasuh ke dalam periuk bersama air daun pandan dan sedikit pewarna hijau.
- Tanak pulut macam biasa tetapi tidak payah hingga 100% masak. (3/4 masak dah ok atau hingga airnya kering)
3. Bahagikan pulut kpd 4 bahagian.
4. Bungkus pulut dalam daun pisang macam kita gulung gimbab.
5. Ikat hujung gulungan dengan kemas dengan tali/cable tie
6. Kukus pulut selama 30 minit.
7. Angkat dan sejukkan.
Ada banyak cara/kaedah membungkus yang dikongsi dalam blog/FB, ada yang macam ketupat dan ada juga dengan menerap menggunakan acuan. Terpulang kepada pilihan masing-masing ya. Disebabkan kali pertama buat, Cik Wan nak merasai bagaimana cara memasak kuih ni secara tradisional. Begitu juga dengan kaedah menanak/mengukus..terpulang pada pilihan masing-masing ya.
Gula Melaka:
3 keping gula Nise/1 ketul gula Melaka
1/2 cawan gula putih
1 helai daun pandan
1 1/2 cawan air
- Masak hingga gula larut dan agak pekat.
- Sejukkan dan tapis.
- Sedia untuk digunakan.
Kelapa Parut:
(Cara arwah Mek untuk lebih rasa lemak dan tahan lama)
1/2 biji kelapa parut putih
2 cubit garam
1 sudu kecil gula
- Kukus kelapa sebentar.
- Angkat dan gaulkan dengan garam dan gula.
- Sedia untuk digunakan.
*kelapa yang segar dan baru diparut lebih sedap dan tidak perlu dikukus untuk rasa lemak dan manis.
Cara menghidang Kuih Lopes:
- Buka ikatan daun pisang pada pulut.
- Dengan menggunakan benang, potong pulut ikut ketebalan yang disukai.
- Golek2 dalam kelapa.
- Letak atas pinggan hidangan.
- Tuangkan air gula melaka.
- Enjoy...bismillah...
Selamat mencuba..happy cooking. #staysafe #stayathome
No comments:
Post a Comment