Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Monday, 22 June 2015
Nasi Kerabu Hitam Bunga Telang
Semalam teringin makan nasi kerabu..apatah lagi melihat bunga Telang yang lebat berbunga di dalam pasu. Warna biru yang dikeluarkan oleh bunga Telang lebih lembut dan lebih cantik. Apalagi...Nasi Kerabu Hitamlah juadah berbuka puasa semalam..jom tengok resepinya,
Sambal Kelapa
Bahan-bahannya:
1/2 biji kelapa parut disangai garing (warna dark brown) dan ditumbuk lumat (jangan sampai pecah minyak)
4-5 ekor isi ikan selayang/sardin atau kembung (paling baik dibakar kerana akan kurang hanyir berbanding dikukus atau direbus)
6 ulas bawang merah
10 biji lada hitam
3-4 batang serai (lihat saiz)
gula/gula melaka, garam secukup rasa
Cara:
Tumbuk halus/lumat semua bahan. Gaulkan hingga sebati/mesra. Sudah siap, tekan-tekankan hingga rapat dan disendukkan ke dalam pinggan waktu menghidang nanti.
Sambal Tumis
1/2 biji kelapa-ambil santan pekat
5-7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
2 batang serai
5-6 biji cili kering
Gula/gula melaka
Asam keping/asam jawa
Budu
Garam- hati-hati dengan garam sebab budu dah masin.
Cara memasak:
Masukkan santan dalam periuk. Biarkan hingga menggelegak tanpa perlu dikacau.Mesinkan semua bahan kecuali asam keping. Masukkan dalam santan yang sedang menggelegak tadi, masukkan asam keping. Kacau sekali-sekala.Masukkan gula,budu dan garam. Masak sampai kuah pekat dan pecah minyak. Rasanya mesti masam, manis dan masin.
*kalau nak tumispun boleh. Caranya; Tumiskan semua bahan mesin hingga garing. Masukkan santan, asam keping, garam/budu dan gula. Masak hingga pekat.
Sayur Ulam
Bahan-bahannya yang boleh digunakan;
Timun
Kacang panjang
Kubis
Bunga Kantan
Daun kesum
Daun kunyit muda
Taugeh
Daun selasih
Hiris halus-halus dan gaul bersama.
Air Lada (jika suka)
10 biji cili padi merah
Cuka
gula
garam
Cili ditumbuk/dimesin bersama-sama dengan gula dan garam (1 bhgn garam, 2 bhgn gula) dan dibancuh dengan cuka.
Budu
Perahkan limau nipis serta patah2kan cili api ke dalam budu.
Nasi
Boleh memasak nasi biasa.
Boleh masak nasi warna biru( gunakan pewarna atau bunga nasi kerabu/telang)
Boleh masak nasi berwarna kuning guna kunyit.
Semalam Cik Wan guna bunga telang yang banyak berkembang dalam pasu di halaman rumah. Bunga Telang dibubuh begitu sahaja ke dalam besar untuk ditanak dan Cik Wan masukkan juga sehelai daun limau purut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Cik Wan,
ReplyDeleteSedapnya nasi kerabu... nangis saya nengok nya.
Wsalam Honey..alolololo jangan nangis..esok try buat ye..ulam banyak kat garden tu...:)
Delete