Saya seorang guru. Suka memasak. Masakan ringkas dan biasa-biasa. Yang biasa menjadi luar biasa jika dilakukan dengan ikhlas. Yang tidak tahu memasak..saya kongsikan resepi, memasak itu mudah sahaja. Yang sudah hebat..boleh menambah ilmu yang dikongsi. Semoga semua mendapat manafaat. Saya sedekahkan semuanya kepada anda...
Sunday 28 June 2015
Pisang Nangka Sira
Susah nak jumpa Pisang Nangka ni. Kalau nak buat Sira Pisang, Cik Wan sukakan Pisang Nangka dan Pisang Kebatu (entah sini panggil pisang apa)...begitu juga untuk dibuat pengat. Masalahnya susah nak jumpa kedua-dua jenis pisang ni.
Untuk membuat sira, sepatutnya pisang baru masak baru isinya pejal.Kalau dah masak sangat macam Cik Wan buat ni..ia akan jadi sedikit lembik. Namun begitu rasanya masih sedap..mabelesss.
Ada orang kata Pisang Nangka ni ada bisanya..terutamanya untuk orang yang berangin, orang yang sedang mengandung dan dalam pantang. Entahlah..mungkin bergantung pada badan masing-masing..untuk Cik Wan setakat ni tiada masalah. Untuk resepi step by step membuat sira pisang boleh rujuk di SINI.
Selamat mencubaaa....:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak pernah rasa sira pisang.. kena cuba buat hehehe
ReplyDeletehehehe cubalah Eny..in sha Allah sedap. Cik Wan bawak ke sekolah untuk kawan2 yang tak pernah makan sira pisang...dah jadi favourite depa pulak dah skrg ni. Masuk peti ais , lagi sedap makan sejuk2.
DeleteSedapnya pisang nangka... lemak manis, ada rasa masam sikit... dah lama sangat saya tak nikmatinya! Memang betullah Cik Wan... susah nak jumpa!
ReplyDeleteNampak macam sedap. Nak kena cuba ni. manatau anak dan suami suka kan...tq for sharing
ReplyDelete