Monday 22 June 2015

Pulut Sekaya yang lemak manis..







Sebenarnya resepi ni berasaskan resepi Ghodok Telur yang Cik Wan poskan sebelum ini, cuma ia dituang ke atas lapisan pulut dan dikukus. Maka tukar nama pulak menjadi Pulut Sekaya atau Tok Aji Sarban.

Sebenarnya Cik Wan ada banyak stok telur di rumah..hari tu saudara datang dari kampung jadi Cik Wan beli sepapan telur kot2 mana tahu nak buat kuih ataupun nasi lemak..malangnya kami sibuk sangat dengan macam2 program hingga masakpun yang wajib sahaja..takde sempat nak menggodek2 kuih bagai. Itu yang setiap hari di bulan puasa ni ada menu berasaskan telur..layan je lah ye hehehhe.

Sebenarnya untuk pulut sekaya semalam ni, Cik Wan langsung tak sukat..main agak2 je sebab buatnya pun dah pukul 6.30 petang. Asalnya plan nak buat sira pisang dan pulut sekaya. Lepas tu tukar buat sira pisang saja..adoiiii..entah macam mana, terhangitla pulak sira pisang Cik Wan..berasap dapur dan hitam legam sira Cik Wan..hahahhaha..khayal agaknya petang tu..apa lagi kelamkabut Cik Wan siapkan Pulut Sekaya ni..memang betul, campak2 je...orang dah azan masih tengah mengukus lagi...habis je azan dah masak tapi tak boleh potong lagi sebab masih panas. Jadilah juadah moreh pulak hahaha..adoila!

 Tapi Cik Wan CP jugak la dari resepi asal dalam blog ni dan ubah suai sedikit..selamat mencuba ye.

Bahan untuk lapisan atas/telur;
2 keping  gula melaka
1 senduk kecil gula
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
 *semua bahan diatas disatukan dan dimasak hingga likat. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam telur.

4 biji telur ayam
2 kuntum bunga cengkih

Cara-caranya;
  1. Satukan telur dan  bunga cengkih di dalam bekas. Pukul sekejap.
  2. Tuang air gula melaka ke dalam telur. Kacau sebati.
  3. Tapiskan bancuhan ke dalam bekas lain sebelum dituang ke atas lapisan pulut.
  4. Masukkan semula bunga cengkih tadi ke dalam bancuhan telur dan akan dikukus bersama.


Bahan untuk lapisan pulut;

1 1/2 gelas  beras pulut direndam sejam dua, bersihkan dan tos kering.
1 biji kelapa parut, ambil santan pekat cukup untuk menutup lapisan pulut (dlm 1/2 inci lebih tinggi daripada paras pulut) (boleh guna santan kotak Kara yang 200ml)
1 sudu kecil garam
Sedikit air.

Cara-caranya;
  1. Sediakan kukusan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang.
  3. Masukkan santan + garam supaya lapisan santan separas dengan lapisan pulut. Kacau sebati.
  4. Kukus pulut hingga masak.- sambil2 di kacau dengan garfu sedikit supaya santan + pulut sekata.
  5. Keluarkan loyang bila santan kering dan pulut nampak berkilat.
  6. Kacaukan pulut di dalam loyang dengan garfu untuk sebatikan santan.
  7. Bungkus tangan dengan tuala, masukkan dalam plastik bersih dan tekan2 lapisan pulut hingga padat.
  8. Dah padat dan rata, cucukkan dengan garfu, sedia untuk dituangkan bancuhan telur.
  9. Kukus hingga lapisan telur beku.
  10. Keluarkan dari kukusan...lebihan air di atas lapisan telur boleh dilapkan dengan tisu dapur. Siap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...