Monday, 24 February 2014

Etok Tumis Kicap


Jumpa etok ni kat Pasar Borong Selangor, hidup2 lagi..wahh memang best kalau dapat goreng sos tiram atau ketuk serai. Malangnya Ahad pagi beli..petang Isnin baru sempat masak. Disebabkan dah ada kuah kicap ikan, saya hanya tumis kicap saja etok ni..makan dengan nasi sedap, kalau ratah macam tu je lagi best hehehe.
Teringat masa kecil2 di kampung, kami ramai2 mencari etok di dalam parit tali air..dapat banyak2, balik buat tumis kicap macam ni tapi versi berkuah..memang bertambah2 kami semua makan nasi hari tu..maka penuhlah kulit etok tu di bawah rumah hehehe. Tapi etok ni etok laut bukan etok kampung yang terdapat di dalam parit, tali air atau anak2 sungai tapi rasanya hampir sama 100%. Resepi lauk ni simple sahaja, sesiapapun boleh buat..

Bahan-bahannya;
1 kg etok laut
4 ulas bawang putih-tumbuk
2 ulas bawang merah-tumbuk
2 batang serai-diketuk
Sedikit kicap manis
Sedikit sos tiram- optional
Garam
Gula


cara-caranya;
  1. Bersihkan etok dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.
  3. Masukkan kicap, sos tiram dan sedikit air kalau nakkan kuah yang banyak. Etok akan mengeluarkan airnya sendiri- saya tak letak air.
  4. Masukkan etok, kacau rata dan tutup kuali rapat2 untuk 1-2 minit.
  5. Buka tutup kuali, kulit etok akan terbuka.
  6. Kacau rata dan rasakan masin dan manisnya. Jika kurang masin dan manis boleh tambahkan garam dan gula. Tutup api.
  7. Siap.


5 comments:

  1. Salam kenal...

    Kecik2 dulu mak selalu buat etok ala2 etok salai tu..bestnya..Awk Kelantanese ?

    Jom singgah ke blog akak if sudi. Thx :-)

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Assalamualaikum juga utk Puan Norma, saya org Pasir Putih..dari kecik suka cari etok dan makan etok terutama etok salai..hehehe

      Delete
  2. Assalamualaikum akak. Tumpang tanya masih ada ke etok dipasar borong selangor sekarang? Kakak sy mengidam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam dik deyna...Akak ada pergi sabtu lps..tak nampak pulak etok ni..kesian pulak dengar, kena pergi awal pagi, kalau ada rezeki, in sha Allah ada

      Delete
  3. Assalamualaikum ..sy asal org kg laut..Memang dibesarkan dgn hasil jual etok salai oleh chek & we(mak & Ayh) saya...jd,, skrg etok dh menjadi faveret ank2 saya bila kitorg balik kg laut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...