Saturday 8 February 2014

Sup Ikan Tenggiri Bercendawan dan Halia


Dulu kalau saya buat sup ikan, bahan yang saya bubuh hanya bahan2 untuk sup sahaja seperti daun sup dan daun bawang, paling bagus pun batang celery dengan lobak merah.
Semasa ke Ghuangzhou beberapa tahun lepas, saya perhatikan kebanyakan peniaga yang makan2 di kedai masing2 pada waktu rehat mempunyai menu yang sama iaitu sup ikan bersayur. Seekor ikan tanpa dipotong bersama2 dengan pelbagai jenis sayuran di dalam satu pot tahan panas yang sama. Nampak sangat menyelerakan malah menyihatkan. Suri2 rumah yang balik dari pasar juga saya lihat banyak menjinjing beg plastik yang mengandungi sayur2 sahaja. Patutlah tidak nampak penduduk yang gemuk2 di sana hehehe..agaknya mereka banyak makan sayur2 berbanding nasi. Malangnya tak pandai pulak nak minta resepi sup ikan mereka hehehe.
 Untuk resepi kali ini saya masukkan cendawan dan halia dalam sup ikan ,, sangat sedap tambahan pula tenggiri yang saya guna ni sangat segar sekali. Jom tengok resepinya,

Bahan-bahannya;

2 keping ikan tenggiri
6 ulas bawang merah- mayang
4 ulas bawang putih- mayang
2 inci halia- mayang
1 kiub ikan bilis- tak nak letakpun boleh

Lobak merah-dipotong ikut citarasa
1 peket cendawan - dicarik kasar
1 batang celery-potong serong
Daun sup secukupnya

Cili padi dan air limau nipis untuk penambah rasa

Cara-caranya;
  1. Panaskan minyak di dalam periuk
  2. Masukkan bawang  merah, bawang putih dan halia- goreng sampai sedikit brown.
  3. Masukkan air secukupnya dan kiub ikan bilis.
  4. Masak hingga menggelegak- rasakan, jika kurang masin tambah garam.
  5. Masukkan hirisan lobak merah dan ikan- masak hingga menggelegak lagi.
  6. Masukkan sayur cendawan dan celery- biar sekali menggelagak, tutup api.
  7. Hiaskan dengan potongan cili padi, daun sup serta perahan air limau nipis sebelum dihidang.

4 comments:

  1. Salam.

    Ini ikan tenggiri atau ikan merah (red snapper). Nampak macam ikan merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Honey...nampak mcm ikan merah ye? tapi sebenarnya ikan tenggiri, segar2 cikgu beli hari tu. Tapi kalau guna ikan merahpun boleh jugak..

      Delete
    2. sedap ke ikan tenggiri buat sup? nak cuba lah nanti :)

      Delete
    3. In sha Allah, sedaap. Sama macam ikan merah tambah2 kalau ada kepalanya sekali. Yang penting ikan kena fresh. Kalau nak masak ringan2, selain sup singgang pun sedap..cubalahh.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...