Saturday 20 June 2015

Daging Tumis Berkari Kicap


Ada lebihan daging selepas membuat singgang. Cik Wan tak nak beli lauk lain lagi kerana nak habiskan apa yang ada dalam peti ais. Kalau tak buat macam ni, tak sampai seminggu Ramadhan peti ais kita akan penuh padat dengan macam-macam lauk basah dan lauk yang tak habis dimakan..jom tengok resepi mudah ni.


Bahan-bahannya;
1 mangkuk daging dihiris nipis.

5-6  ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu serbuk cili - boleh guna cili kering
*Semua bahan di atas diblender

1 sudu serbuk kari ayam/daging-bancuh dengan air
Sedikit air asam jawa
3 helai daun limau purut
1 biji tomato, potong empat
1/2 labu bawang besar dipotong.
2 biji cili merah dan hijau dibelah dua
Kicap manis secukupnya
Garam dan gula jika perlu.

Cara memasaknya:

  1. Tumiskan bahan mesin hingga naik minyak dan berbau wangi. Masukkan daun limau purut.
  2. Masukkan bancuhan rempah kari, tumis lagi hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging. Masukkan juga air asam jawa dan semangkuk air. Kacau
  4. Boleh masukkan air beberapa kali hingga daging empuk.
  5. Bila daging empuk, masukkan kicap manis hingga warna kuah menjadi hitam kemerahan. Perisakan. (tambah garam dan gula jika perlu)
  6. Kacau hingga  kuah pekat. 
  7. Masukkan bahan hiasan seperti bawang dan buah tomato serta cili yang telah dibelah. Siap.


2 comments:

  1. Selamat berpuasa Cik Wan. Betul tu Cik Wan... saya pun kadang2 pening nak habiskan lebihan makanan time bulan puasa ni, tu pasal saya masak sikit2 saja... tapi kang kalau anak rasa sedap macam tak cukup pulak he he hee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga Amie..hehehe sebenarnya ini dilema semua ibu di dlm bulan puasa..masak sikit tak cukup, byk kang berlebih..tak apalah..yg penting jgn dibuang sudahlah kan?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...