Saturday 20 June 2015

Ghodok Telur Resepi Asli Kelantan






Haaa...keluar lagi resepi yang jarang dijumpai zaman millenium ni hahaha...bila Ramadhan, memang tak sah kalau tak buat resepi ni. Kegemaran Mr A..Cik Wan kurang sikit, mungkin tak biasa makan dari kecik. Belajar makan ni bila dah kahwin..tapi kalau dibuat sebagai topping seri muka..Cik Wan suka sangat. Jom tengok bahan-bahan yang mudah ni..sesuai untuk orang yang sukakan kuih manis dan telur.



Bahan-bahannya:

6 biji telur
1 keping nise aka gula melaka yang besar- kalau guna yang kecil mungkin 2-3 keping
2 sudu gula
2 helai daun pandan
4 kuntum bunga cengkih.

Cara-caranya;

Sediakan air nise/ gula melaka dahulu;
  1. Masakkan gula melaka, gula  dengan 1/2 cawan air dan daun pandan  hingga gula hancur.
  2. Sejukkan.

Baru sediakan bancuhan untuk dibakar;

  1. Satukan telur dalam satu bekas bersama-sama bunga cengkih dan potongan daun pandan.
  2. Pukul dengan garfu hingga sedikit kembang..jangan kembang sangat.
  3. Masukkan air gula yang dah disejukkan tadi. kacau sebati.
  4. Tapiskan ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak.
  5. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven menggunakan api atas dan bawah. (Boleh juga dibakar di atas dapur terus)
  6. Mula-mula adunan akan naik kembang/mengelembung. Bila lapisan atas nampak keperangan, boleh dikeluarkan untuk disejukkan. Adunan akan turun dan mampat.

Nampak pelik kan? hehehehe...kalau tak ada idea nak masak kuih petang ni..bolehlah mencuba resepi yang dah hampir tak dibuat orang lagi ni..hehehe..selamat mencuba!!!

18 comments:

  1. assalam. saya nak tanya. kalau tak letak bunga cengkih tak boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkn akan rasa hanyir sedikit. Bau bunga cengkih pun sedap.

      Delete
  2. Saya tolong jawab ye.boleh je.tp terasa hanyir telor tu tak hlang lah.kalau tarok bunga cengkih dan daun pandan tu sedap lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali..terima kasih ya Faris. Entah macam mana terlepas pulak komen ni

      Delete
  3. Sedap sangat, sy wak doh skali baru ni.tq sbb sharing

    ReplyDelete
  4. Kalau masak atas dapur gas boleh juga tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..saya biasa buat juga. tutup dan letak atas api dapur je. Tapi hati2 takut hangus

      Delete
  5. assalam.
    klu kukus bole ke?mana lg sedap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. Boleh..kalau kita kukus dia jadi sekaya telur, kalau bakar kita panggil ghodok. kalau tanya Cik Wan..saya suka yang bakar

      Delete
  6. Ghodok telur ini arwah mak saya yang selalu buat. Memang sedap, nikmatnya hampir sekaya telur

    ReplyDelete
  7. Nk Cuba buat tp nk kukus... Sedapnya mkn berbuka nnt

    ReplyDelete
  8. X sangka boleh jumpa resepi ni....saje2 je cuba google ghodok telur sbb teringat arwah mak selalu buat ms dolu2

    ReplyDelete
  9. Kalau gantikan cengkih dengan essen vanila boleh ke?

    ReplyDelete
  10. Kalau letak essen vanila sebagai ganti untuk cengkih boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja...penggunaan cengkih bukan sahaja untuk rasa asli tapi juga untuk hilangkan bau hanyir telor.

      Delete
  11. Kalau guna telur itik bp biji. Kata org guna telur itik lagi sedap betul ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kurangkan jadi 5 biji telor itik. Dulu-dulu memang guna telor itik, tapi kena pandai buang urat lendir supaya tak hanyir

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...