Sunday 28 June 2015

Pisang Nangka Sira



Susah nak jumpa Pisang Nangka ni. Kalau nak buat Sira Pisang, Cik Wan sukakan Pisang Nangka dan Pisang Kebatu (entah sini panggil pisang apa)...begitu juga untuk dibuat pengat. Masalahnya susah nak jumpa kedua-dua jenis pisang ni.

Untuk membuat sira, sepatutnya pisang baru masak baru isinya pejal.Kalau dah masak sangat macam Cik Wan buat ni..ia akan jadi sedikit lembik. Namun begitu rasanya masih sedap..mabelesss.

Ada orang kata Pisang Nangka ni ada bisanya..terutamanya untuk orang yang berangin, orang yang sedang mengandung dan dalam pantang. Entahlah..mungkin bergantung pada badan masing-masing..untuk Cik Wan setakat ni tiada masalah. Untuk resepi step by step membuat sira pisang boleh rujuk di SINI.

Selamat mencubaaa....:)

4 comments:

  1. tak pernah rasa sira pisang.. kena cuba buat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe cubalah Eny..in sha Allah sedap. Cik Wan bawak ke sekolah untuk kawan2 yang tak pernah makan sira pisang...dah jadi favourite depa pulak dah skrg ni. Masuk peti ais , lagi sedap makan sejuk2.

      Delete
  2. Sedapnya pisang nangka... lemak manis, ada rasa masam sikit... dah lama sangat saya tak nikmatinya! Memang betullah Cik Wan... susah nak jumpa!

    ReplyDelete
  3. Nampak macam sedap. Nak kena cuba ni. manatau anak dan suami suka kan...tq for sharing

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...